Assalamualaikum dan salam sejahtera, kami pelajar OA (Pengurusan Pejabat) Batch 5 / 2017. Tujuan kami membuat blog ini adalah untuk memudahkan organisasi-organisasi yang baru membangun tanpa sebarang pengetahuan mengenai S.O.P di dalam pejabat dan pelajar-pelajar untuk membuat rujukan sebagai tugasan mengenai S.O.P. Berikut adalah S.O.P bagaimana membuat Mesin Fax.Berikut adalah penggunaan mesin fax :
Contoh ; Mesin Fax
MANUAL
Cara ini digunakan bila nombor yang dituju belum pasti berhubung dengan mesin fax atau kedudukan penerima di set dengan Tel Mode kerana banyak pengguna yang memakai nombor fax sebagai nombor telefon.
Langkah-langkah mengirim fax secara manual
(a) Siapkan dokumen yang akan dihantar
(b) Masukkan dokumen secara face down
(c) Angkat telefon/tekan butang up-phone/monitor akan terdengar tone
(d) Masukkan nombor fax
(e) Apabila sudah terdengar nada fax panjang, tekan butang start
(f) Mesin fax akan mula membuat kerja,dan tunggu dokumen dikirim
(g) Dan mula menunjukkan X DOKUMEN SENT
(h) Tunggu sehingga laporan penghantaran dikeluarkan oleh mesin fax